Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aziz Jamman Pecat Serta Merta Pegawai Buat Rakaman “Upskirt”

 

Laporan polis juru optik yang tular di media sosial. Gambar SNT/Media Sosial

KOTA KINABALU: Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang didapati membuat rakaman ala “upskirt” juru optik di Publika Solaris telah dipecat serta-merta.

“Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan,” kata Menteri Datuk Azis Jamman.

Video CCTV yang menunjukkan perbuatan pegawai berkenaan mengambil rakaman itu tular di media sosial begitu juga laporan polis telah dibuat oleh juru optik tersebut.

Berdasarkan video CCTV itu, pegawai berkenaan duduk di belakang juru optik wanita ketika membuat pemeriksaan mata terhadap Azis.

Dalam video tersebut kelihatan pegawai berkenaan meletakkan telefon di bawah skirt wanita tersebut.

Azis berkata, tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji.

“Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

“Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri,” kata Azis.

Dalam pada itu, Azis memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan beliau.-Oleh Chris Maskilone/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan