Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AZIS RASMI UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK POLIS SABAH

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman ketika mengendalikan senjata jenis HK MP5 pada program Ujian Kemahiran Menembak PDRM yang diadakan di Lapang Sasar IPK Sabah. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Ahad.

Ujian Kemahiran Menembak (UKM) ini dirasmikan oleh Azis sendiri dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Zulkifli Omar, ketua-ketua Jabatan IPK Sabah, ketua-ketua polis daerah serta beberapa ketua Jabatan Persekutuan.

Program yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Kontinjen Sabah, Asisten Komisioner M Chandra merupakan satu usaha bagi meningkatkan kemahiran menembak anggota dan pengendalian senjata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman (duduk tengah) bersama Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (duduk, lima kiri), Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Zulkifli Omar (duduk, lima kanan) bersama ketua jabatan polis dan pegawai kanan serta ketua jabatan persekutuan bergambar pada program Ujian Kemahiran Menembak PDRM yang diadakan di Lapang Sasar IPK Sabah. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

Ianya juga untuk mengeratkan hubungan antara PDRM Sabah dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Azis menunjukkan hasil bidikan tembakan pada program Ujian Kemahiran Menembak PDRM yang diadakan di Lapang Sasar IPK Sabah. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

Sementara itu, pasukan yang diketuai Azis muncul pemenang acara berkumpulan pertandingan menembak dalam program tersebut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan