Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Azam bapa baru

9:43am 03/12/2015 Pak Roshan 378 views Global
ZUCKERBERG dan Priscilla bersama Maxima.

ZUCKERBERG dan Priscilla bersama Maxima.

San Francisco: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg semalam mengumumkan kelahiran bayi sulungnya dan berjanji mendermakan hartanya untuk menjadikan ‘dunia ini lebih baik untuk anak perempuannya Maxima dan kanak-kanak lain.’

Dalam satu surat didedikasikan kepada Maxima yang dimuat naik ke laman Facebooknya, Zuckerberg dan isteri Priscilla Chan berkata, mereka menyerahkan 99 peratus daripada saham syarikat mereka yang dianggarkan bernilai AS$45 bilion (RM190 bilion) sepanjang hidup mereka dalam usaha menjadikan penduduk dunia ini lebih gembira dan sihat.

“Max, kami sayangkan kamu dan rasa bertanggungjawab untuk memastikan dunia ini lebih baik untuk kamu dan semua kanak-kanak.

“Kami mendoakan kehidupan kamu dipenuhi kasih sayang, harapan dan kegembiraan sama seperti yang kamu bawakan kepada kami. Kami tidak sabar melihat apa yang mampu kamu lakukan kelak.

“Sebagaimana kamu memulakan generasi baru keluarga Chan Zuckerberg, begitu juga kami memulakan Inisiatif Chan Zuckerberg untuk menyertai manusia di seluruh dunia dalam mengembangkan potensi manusia serta menggalakkan kesamarataan untuk semua kanak-kanak generasi akan datang.

“Fokus awal kami dalam pendekatan pembelajaran secara peribadi, mengubati penyakit, menghubungkan orang ramai dan membina masyarakat yang kuat,” kata surat itu.

Zuckerberg berkata, dia akan ‘menghadiahkan atau mengarahkan’ semua saham dalam Facebook atau hasil selepas cukai daripada jualan saham berkenaan untuk ‘mengembangkan potensi manusia serta menggalakkan kesamarataan’ melalui pelbagai aktiviti untuk tujuan kebaikan orang ramai.

Perkara itu dinyatakan rangkaian media sosial berpangkalan di California dalam dokumen difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS).

Menurut dokumen itu, Zuckerberg akan mengekalkan kedudukan pengundian majoriti.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan