Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayu Raudhah sebelahi suami

ayu

Antara kisah yang paling mendapat tempat minggu ini tentunya kisah rumah tangga pelakon Ayu Raudhah. Penyebaran beberapa gambar yang kononnya memuatkan perbualan suami pelakon itu seperti menggoda seorang wanita baru-baru ini, memang agak mengejutkan.

Mana tidaknya Ayu juga masih dalam pantang kerana baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa minggu lalu. Mujur pelakon cantik ini seorang yang cool, jadi Ayu memang tenang sahaja memberi jawapan yang itu bukan suaminya. Joyah percaya Ayu lebih mengenali siapa sebenarnya Zaquan Adha, sebab itu Ayu sedikitpun tidak terkesan dengan berita-berita ini.

Bagaimanapun membaca komen-komen orang ramai mengenai kes ini, ada yang melenting sebenarnya. Bermacam tuduhan yang diberikan kepada Zaquan, malah hampir 80 peratus yang mempercayainya. Kononnya status Zaquan sebagai pemain bola sepak yang playboy dikaitkan bagi mengesahkan lagi tuduhan mereka. Sampai begitu sekali tau.

Bagi Joyah sendiri, dalam mana-mana rumah tangga juga ada pasang surut, mungkin ini masa buat Ayu. Tetapi Joyah percaya Ayu seorang yang kuat, dan tidak mudah mengalah. Malah kata Ayu fokusnya kini adalah untuk menghabiskan tempoh berpantang.

Jadi Joyah minta kepada mereka yang mempunyai niat jahat terhadap rumah tangga pelakon ini harap hentikan sahajalah. Ayu pun sudah beritahu dia dan Zaquan baik-baik sahaja, usaha jahat itu memang tidak terkesan langsung hendak ‘memisahkan’ mereka. Ayu percaya suami dialah, kalian jangan sibuk-sibuk boleh tak?

Tetapi bila melihat apa yang berlaku, teringat kembali dengan kisah seorang lagi pelakon. Ialah dia juga menerima dugaan yang kuat ketika sedang mengandungkan anak kedua. Harapnya perjalanan kisah hidup Ayu dan pelakon lagi seorang itu tidak sama. Joyah lebih suka yang happy ending – UTUSAN ONLINE

Komen


Berita Berkaitan