Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayam goreng ‘Louis Vuitton’ didenda

Pemilik restoran ayam goreng di Seoul, Koera, diarah membayar denda RM48,726 ) kerana menggunakan jenama mewah Louis Vuitton untuk premisnya. - Foto Hiasan
Pemilik restoran ayam goreng di Seoul, Koera, diarah membayar denda RM48,726 ) kerana menggunakan jenama mewah Louis Vuitton untuk premisnya. – Foto Hiasan

Seoul: Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan seorang pemilik restoran ayam goreng membayar denda 14.5 juta won (RM48,726) kerana enggan mematuhi larangan tidak menggunakan jenama mewah Louis Vuitton untuk premisnya.

Pemilik restoran itu yang hanya dikenali dengan nama keluarga Kim, menamakan restorannya di Seoul Louis Vuiton Dak’ dengan Dak daripada perkataan “tongdak” bermaksud seekor ayam dalam bahasa Korea.

Dia turut menggunakan logo yang hampir sama dengan jenama fesyen Perancis itu pada tisu serta kotak bungkusan ayam goreng.

Louis Vuitton memfailkan saman pada September tahun lalu, mendakwa penggunaan nama syarikat itu untuk menjual ayam goreng, merosakkan jenamanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan