Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayam ganti pengedar dadah

ayam edar dadah

Porto Alegre (Brazil):Seorang pengedar dadah yang dibenar pulang dari penjara dengan peranti elektronik dimasukkan ke penjara semula selepas polis mendapati dia menanggalkan peranti berkenaan dan memasangnya pada seekor ayam jantan untuk keluar menjual kokain.

Perbuatan Isaac Selau, 29, terbongkar selepas polis menangkapnya menjual dadah di Porto Alegre di negeri Rio Grande Do Sul, Brazil, ketika dia sepatutnya berada di rumah.

“Apabila kami memeriksa kediamannya, kami mendapati seekor ayam dalam sangkar, bersama-sama peranti elektronik pada lehernya,” kata jurucakap polis, Murilo Araujo.

“Peranti itu dicabut dari ayam berkenaan dan Selau dimasukkan semula ke penjara,” katanya.

Araujo juga berkata, polis turut menemui kokain, ganja dan pistol di rumah Selau.

Menurutnya, pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan untuk memastikan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan