Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayam Brand™ sediakan lebih 200 ribu makanan sihat melalui program CSR

AB_005
Stanley Wang (tengah) mengambil gambar bersama kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan sambil menunjukkan hasil masimg-masing.

KOTA KINABALU: Sempena Kempen Amal Ayam Brand™ buat kali yang kesembilan, Ayam Brand™ yang terkenal dengan kepelbagaian produknya yang sihat dan bebas pengawet akan menyediakan 243, 000 makanan sihat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan mereka.

Melalui program yang dianjurkan oleh jenama terkenal yang telah berusia 120 tahun itu, ia akan memberikan manfaat kepada lebih 16,100 orang daripada 362 pertubuhan amal dan rumah kebajikan.

Menurut wakil Ayam Brand™ Stanley Wang, pada tahun ini, sebanyak 50 buah rumah kebajikan dari seluruh Malaysia dan Brunei akan menerima produk Ayam Brand™ termasuk tuna, ikan tongkol, jagung kernel, kekacang yang diproses, ketulan nanas, potongan pic serta kacang panggang yang cukup untuk tempoh lebih kurang dua bulan.

“Lebih 1,300 kanak-kanak, orang kurang upaya, ibu tunggal serta warga emas akan menikmati bantuan makanan ini dan di Sabah program ini akan memberikan manfaat kepada 100 kanak-kanak dari empat organisasi kebajikan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam satu majlis bersama Ayam Brand™ dengan kanak-kanak rumah kebajikan melibatkan Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan, Pusat Kebajikan Care Haven dan Yayasan Kebajikan Suria, di sini, kelmarin.

Chef Loke memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan mengenai cara penyediaan makanan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Chef Loke memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan mengenai cara penyediaan makanan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kanak-kanak yang terlibat dalam program ini diperkenalkan dengan Bento, cara hidangan yang popular di Jepun dengan bahan-bahan tradisional di bawah penyeliaan Chef selebriti Chef Loke Kang Tian dari Sekolah Masakan T-Garden.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Stanley Wang (enam dari kiri) mengambil gambar bersama wakil rumah kebajikan dan kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Stanley Wang (enam dari kiri) mengambil gambar bersama wakil rumah kebajikan dan kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan