Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayah pukul anak hingga maut ditahan

pukulanak

ALOR GAJAH: Lelaki yang dipercayai memukul anaknya, Mohamad Hafiz Abdul Ghani, 17, hingga maut dalam kejadian di Ka,ung Jawa, di sini, ditahan polis di Kampung Padang, di sini, 2.30 pagi ini.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa oleh sepasukan polis.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

Lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu berikutan Mohamad Hafiz, mahu bekerja untuk membantu keluarga.

Dalam kejadian 5 petang Sabtu lalu, Muhamad Hafiz menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga namun remaja itu maut dipukul oleh bapanya dengan kayu, dalam kejadian Kampung Jawa.

Komen


Berita Berkaitan