Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ayah Pin Meninggal Dunia Malam Tadi

10:47am 23/04/2016 Pak Roshan 1603 views Mutakhir,Nasional
Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad

Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad

TERENGGANU – Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.

Laporan kematian dibuat isterinya dan punca kematian dipercayai akibat sakit tua.

Ayah Pin, adalah pengasas kepada “Kerajaan Langit” yang disenaraikan pihak berkuasa dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil “Tuhan” segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.- mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan