Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ayah maut, anak cedera ditembak

11:16am 03/10/2016 Pak Roshan 2790 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

Tambunan: Lelaki mati manakala anak lelakinya cedera di kaki selepas ditembak ketika menjerat binatang di kebun pisang milik mereka di Kampung Sinungkalangan, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam.

Mangsa berusia 52 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tambunan akibat tembakan di badan manakala anaknya berusia 14 tahun masih menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, dua beranak dipercayai sedang memasang jerat di kebun pisang milik mereka lalu ditembak dari arah yang tidak dapat dipastikan.

“Mangsa mati akibat tembakan di badan manakala anaknya terkena di kaki dan masih menerima rawatan.

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan