Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ayah, Lelaki Misteri

Gambar Hiasan

 

Ayah adalah lelaki yang pertama yang dikenali oleh anak. Suara garau yang pertama didengari di cuping telinga kamu.

Sesungguhnya, ayah adalah lelaki yang penuh misteri. Yang mana kamu tak dapat merungkai kemisteriannya kecuali menyelam dan berenang di dalam lubuk hatinya.

Sakit ka. Gembira ka. Sedih ka.

Ianya tersembunyi rapi di dalam jiwa tanpa menzahirkan kepada sesiapa pun. Menjadi rahsia di antara dia dengan Allah SWT.

Akan tetapi, selepas kamu mengenali permainan dunia, kamu sanggup melupakannya dengan berpura- pura tidak mengenali siapa lelaki yang bergelar ayah, bapa, abah dan papa di dalam hidupmu.

Ketika jasad orang tua itu terbaring kaku barulah nak terjerit-jerit memanggil, “Ayah! Ayah!”

Cuba kamu tilik raut wajah tua ayah kamu dalam-dalam. Lihatlah dengan mata hati. Bukalah luas kedua-dua kelopak mata.

Kemudian, ambik sesaat dua untuk menyelami di sebalik garisan kedutan di dahi.

Tanpa pengorbanan beliau, kamu tidak mungkin dapat merasai nikmat syurgadunia dan kesengsaraan neraka dunia.

Sudah lupakah kamu;

Siapakah yang telah melaungkan azan dan iqamat di kedua-dua belah telinga kanan dan kirimu?

Siapakah yang telah bersengkang mata dan memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk membesarkan kamu sehingga menjadi insan yang berjaya sekarang?

Nama siapakah yang telah kamu berbinkan dan berbintikan?

Jawapannya ialah AYAH…

Bertuahlah dan bersyukurlah.

Jikalau kamu masih mempunyai seorang ayah, ada tempat untuk bermanja dan berlindung.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang dan kesempatan kepada kamu untuk berbakti kepada beliau.

Sedangkan di luar sana berapa ramai sahabat-sahabat kamu yang tak dapat merasai kasih sayang daripada seorang ayah.

Sejak kecil mereka sudah memegang gelaran anak yatim. Di mana mereka tak pernah menatap wajah, memeluk dan mencium pipi ayahnya.

Saat kamu sedang bersuka ria dan berbahagia di samping ayah tercinta. Ada tubuh yang dihinggapi oleh rotan, tali pinggang dan lain. Bermandi darah dipukul dan didera oleh bapa kandung sendiri.

Seterusnya, cuba kamu selidik dan kaji berapa ramaikah bayi-bayi yang dilahirkan tanpa kewujudan ayah?

Dengan bahasa mudah; Anak luar nikah.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mereka meneruskan hidup di dalam tomahan dan cacian masyarakat.

Kamu?

Fikir-fikirlah…

Allah berfirman: “dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa’ ayat 4:36)

Oleh yang demikian, tak berguna dilimpahi dengan harta kekayaan, memiliki pengaruh yang kuat dan dihormati. Tetapi, tak ada adab dan derhaka dengan ayah kandung sendiri.

(Sumber: iluvislam.com oleh Nurul Amirah Ab Ghani)

Komen


Berita Berkaitan