Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Awie ketuai jelajah motosikal berkuasa tinggi di 14 lokasi Sabah

10:00pm 14/11/2016 Pak Roshan 3473 views Hiburan,Jenayah
MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) melakukan pelepasan siri jelajah menggunakan 17 buah motosikal berkuasa tinggi ke seluruh Sabah selama 10 hari untuk mempromosi konsert Wings 30 tahun 'Live' @ Kota Kinabalu diketuai Awie di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Erdiehazzuan Ab Wahid

MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) melakukan pelepasan siri jelajah menggunakan 17 buah motosikal berkuasa tinggi ke seluruh Sabah selama 10 hari untuk mempromosi konsert Wings 30 tahun ‘Live’ @ Kota Kinabalu diketuai Awie di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – Foto Erdiehazzuan Ab Wahid

KOTA KINABALU: Vokalis Wings, Awie mengetuai program jelajah ‘Wings Big Bike Ride’ membabitkan konvoi 17 motosikal berkuasa tinggi ke 14 lokasi di Sabah yang dilancarkan di sini, hari ini.

Jelajah berakhir 24 November ini sempena Konsert Wings 30 Tahun Live di Stadium Likas, 24 Disember depan, menggabungkan penunggang dari Harley Davidson Owners Group North Borneo (HOGNB) dan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Pelepasan program jelajah disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Terdahulu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dalam sidang media konsert berkenaan di sini berkata, jumlah motosikal yang menyertai jelajah itu akan bertambah di setiap lokasi persinggahan.

Katanya, tujuan utama program itu ialah bertemu dan beramah mesra bersama peminat di seluruh negeri, selain menjual tiket konsert secara langsung kepada penggemar kumpulan rock berkenaan.

“Kita bermula di Kota Kinabalu sebelum ke lokasi jelajah pertama di Labuan bagi program bertemu peminat.

“Melalui jelajah ini, kita bukan sahaja mahu berjumpa peminat Wings, malah menyampaikan mesej kepada belia supaya tidak terjebak dengan penagihan dadah sejajar harapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada kunjungan hormat ke kediaman rasmi beliau, bulan lalu,” katanya.

Turut hadir semua anggota Wings, selain Pengarah Urusan K4MI Mutiara Global Sdn Bhd merangkap penganjur utama, Datuk Sharulnizad Suboh dan Duta Konsert Wings 30 Tahun Live di Sabah yang juga atlet paralimpik, Felicia Mikat.

Antara lokasi persinggahan program jelajah itu ialah Beaufort, Tenom, Keningau, Tawau, Sandakan dan Kundasang. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan