Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Awie berkonvoi motosikal jumpa peminat di Sabah

6:32pm 10/10/2016 Pak Roshan 4316 views Berita Pilihan,Hiburan
AWIE bersama Joe ketika sidang media di Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

AWIE bersama Joe ketika sidang media di Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Penyanyi Wings, Awie akan menjelajah seluruh Sabah dan Labuan sempena konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘Borneo Ride’ bermula 14 November ini.

Konvoi itu antara lain bertujuan mempromosikan Konsert Wings 30 Tahun Live yang akan berlangsung di Stadium Likas, di sini, pada 24 Disember nanti.

Awie berkata, konvoi motosikal berkuasa tinggi itu yang akan singgah di 20 lokasi bakal diadakan selepas sidang media konsert berkenaan di Kota Kinabalu pada 14 November.

“Konvoi ini antara lain sebagai usaha kami mempromosi dan bertemu serta beramah mesra dengan peminat di Sabah.

“Di setiap hentian konvoi itu nanti, peminat juga boleh membeli tiket bagi menyaksikan konsert Wings di Stadium Likas,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, gitaris Wings, Joe dan atlet paralimpik Sabah, Felicia Mikat yang dilantik sebagai ikon konsert berkenaan.

Tiket menonton konsert itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu RM35 (pelajar), RM50, RM250 dan RM1,000 serta pembeli awal tiket berharga RM250 berpeluang menghadiri sidang media di sini, pada 14 November nanti.

Pemegang tiket RM1,000 pula akan ditempatkan di kawasan tempat duduk utama dan berpeluang menghadiri majlis ‘post party’ bersama Wings sebaik tamat konsert.

Konsert ini turut menampilkan Akim & The Majistret, Felix, Aweera, Estranged dan artis tempatan Sabah iaitu Anugerah, Chromatic, Roktrus, D Shelter, Abu Bakar Ellah serta ramai lagi yang akan beraksi di Stadium Likas dari jam 1 tengah hari hingga tengah malam. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan