Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Awie anggap dakwaan pukul isteri sebagai fitnah

awie

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock terkenal, Awie tidak mengiya atau menidakkan dakwaan mengatakan beliau memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Awie, jika betul ada bukti sahih beliau melakukan perbuatan itu, dia sendiri akan membuat penjelasan panjang lebar mengenai dakwaan tersebut.

“Setakat ini, saya enggan mengiya atau menidakkannya. Oleh kerana sehingga kini tiada sebarang bukti, saya anggapnya sebagai tuduhan dan fitnah semata-mata. Bagaimanapun jika tuduhan itu disertakan dengan bukti, saya fikir saya perlu menceritakan selanjutnya selepas ini,” tegasnya ketika ditemui selepas majlis pengenalannya sebagai duta baru produk minuman kesihatan di sini hari ini.

Sebuah akhbar minggu lalu menulis mengenai seorang rockers yang didakwa mengasari isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank.

Kekasaran yang dibuat oleh rockers terkenal itu menyebabkan wanita berkenaan tercedera agak teruk sehingga mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Menurut Awie, dia sendiri naik hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan, sedangkan laporan itu juga tidak mengatakan nama siapakah insan seni yang terbabit yang didakwa memukul isteri sendiri di khalayak ramai.

“Tidak ada nama yang disebut, boleh jadi sesiapa sahaja. Lagi pun, soal rumah tangga adalah hak peribadi saya. Saya tidak perlu kongsi apa-apa dengan orang lain,” katanya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, turut menjelaskan hubungannya dengan isteri, Rozana Misbun, 35, masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun bapa kepada lima anak ini mengakui, sebagai manusia biasa, beliau juga kurang sempurna dan sering melakukan kesilapan.

“Apapun, setakat ini saya dan isteri tidak ada masalah. Semua manusia membuat silap dan apa yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan itu untuk masa depan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan