Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Awas! Kuih Raya Pun Boleh Jadi Punca Sakit Perut

MERIAH… Sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh dianggap sebagai hari kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia selepas tabah menunaikan ibadah fardu puasa Ramadan selama sebulan.

Bagaimanapun, dalam keghairahan untuk menikmati apa jua juadah tanpa penjagaan yang betul boleh memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan ketidakselesaan badan, lapor portal berita tempatan mStar.

Perunding kesihatan pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahari berkata, lazimnya badan akan mengalami kejutan jika pemakanan tidak dikawal dan diambil terlalu kerap semasa menikmati hidangan Hari Raya.

“Tubuh badan yang terkejut akan menghantar isyarat seperti masalah penghadaman, keracunan makanan dan kembung perut. Tak salah kalau nak makan tapi kena seimbangkan makanan yang diambil.

“Janganlah tidak beraya pula,” kata Kevin ketika dihubungi mStar. Beliau menambah, pengambilan karbohidrat seperti ketupat dan lemang lebih elok diutamakan terlebih dahulu sebelum menjamah sajian yang lain.

“Elakkan daripada makan kuih raya sebelum hendak makan makanan berat kerana ia tidak mengenyangkan perut. Malah isilah perut anda dengan makanan banyak protein seperti hidangan rendang ataupun lontong.

“Dalam pada itu, kalau memang sudah tahu akan terpaksa pula beraya di banyak tempat, janganlah pakai baju ketat sangat, nanti akan bagi tekanan pada bahagian abdomen. Lagi mudah rasa tak selesa,” kata Kevin.

Beliau seterusnya menambah: “Beraya tu beraya juga, tapi aktiviti senaman jangan dilupakan kerana badan sudah makan macam-macam jenis makanan selepas sebulan ‘berehat’ sepanjang waktu siang hari.”

Sementara itu, bagi seorang Cef Selebriti, Chef Kamarul Hasni Che Ros, beliau mengesyorkan agar tiga langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan perkara tidak diingini merosakkan ‘mood’ perayaan diamalkan.

“Pertama anda kena lihat dahulu dan pastikan makanan tersebut sebelum ditelan adalah masih tidak berubah warna, berlendir, tidak berbuih, tidak ada bendasing seperti rambut, serangga atau kulat.

“Kedua, cuba rasa dulu sedikit sahaja untuk pastikan makanan tersebut tidak berbau, basi atau busuk. Ketiga, cuba hidu sama ada makanan itu masih elok dan jika memang sudah rosak, buang segera.

“Tapi maklumkanlah pada tuan rumah yang mungkin terlepas pandang isu ini supaya dia tahu ada makanan dihidangkan tidak lagi sesuai,” katanya ketika dihubungi mStar. – Agensi/Mynewshub/HAA

Komen


Berita Berkaitan