Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Lepas Scha Habis Berpantang

awal shari

Pastinya ramai di kalangan peminat setia pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dah tak sabar nak menatap wajah anak perempuan Awal dan Scha yang dilahirkan pada 22 Julai lalu.

Menurut Awal menerusi laman Instagramnya, wajah anak sulungnya itu hanya akan didedahkan selepas isterinya selamat menjalani tempoh 44 hari berpantang.

Dengan menggunakan hashtag #abispantangbarubolehkenal, jelas menunjukkan pendirian mereka yang enggan mendedahkan wajah anak yang masih dirahsiakan namanya itu kepada umum.

Lagipun bak kata orang tua-tua, tak berapa baik dedahkan wajah bayi kepada umum selagi belum tamat tempoh berpantang.

Tak mengapalah, kita hormati sahaja privasi yang diperlukan pasangan yang mendapat gelaran Posh & Becks Malaysia ini.

Mesti baby ni comel macam mak dan ayah dia kan.. – MYNEWSHUB.MY

Komen


Berita Berkaitan