Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AUTONOMI DIPERLUKAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DI PERINGKAT NEGERI

Yusof (duduk tengah) dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang (duduk empat kiri) bergambar bersama-sama peserta bengkel Penetapan KPI Kementeriannya. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan Inovasi perlukan autonomi sendiri dalam membuat keputusan di peringkat negeri.

Menterinya Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kuasa autonomi sememangnya mempunyai keperluan yang sangat tinggi di peringkat negeri dalam membuat keputusan dalam beberapa hal.

“Dengan adanya kuasa autonomi ini, kita mampu membuat keputusan di peringkat negeri seterusnya memenuhi keperluan semasa pendidikan di Sabah.

“Antaranya seperti kemudahan guru, keperluan tenaga pengajar dan infrastruktur yang lain perlu ditambah baik bermula sekarang dan tahun-tahun seterusnya.

“Pada ketika ini kita tidak ada kuasa dan belum dapat lagi autonomi daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah di sini hari ini.

Namun, Yusof berkata, kementeriannya masih dalam perbincangan dengan kerajaan pusat berkenaan penurunan kuasa berkenaan kepada kementerian yang baru sahaja diwujudkan di Sabah.

“Sebab itu, kita bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk menetapkan KPI yang harus dicapai dalam sudut pendidikan di seluruh negeri agar kita mampu melihat isu apa yang boleh kita selesaikan sendiri.

“Kita memang sebenarnya sedang mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di peringkat pusat.

“Di peringkat negeri pula, kita membentuk jawatankuasa untuk mengkaji keperluan-keperluan yang perlu kita buat di bawah jawatankluasa ini dan akan dibentangkan kepada kerajaan persekutuan,” tambahnya.

Jelasnya, walaupun soal pelajaran dan pendidikan itu di bawah kerajaan pusat tetapi sebaiknya diputuskan di peringkat negeri melalui kementeriannya.

“Untuk membuat keputusan, polisi masih mengikut cara atau merujuk persekutuan, tetapi sesetangah kuasa perlu diturunkan.

“Kerana selama ini mengikut sejarah dan pengalaman lepas, keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan lama adalah tidak selaras dengan keperluan di sini iaitu apa yang kita perlukan tidak sama apa yang dilakukan.

“Ertinya keputusan yang dibuat di peringkat pusat itu tidak tepat dan tidak menepati kehendak negeri,” tambahnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan