Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Australia bersubahat dengan pentadbiran Najib – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim. – Foto BERNAMA

 

SYDNEY: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Australia bersubahat dengan skandal rasuah pentadbiran Malaysia sebelum ini, ketika beliau menghubungi Canberra supaya menghantar pulang seorang anggota polis Malaysia untuk satu kes bunuh.

Bekas ketua pembangkang negara itu menyelar dasar ‘kotor’ Canberra dengan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditumbangkan dalam pilihan raya bulan lalu.

Anwar yang dipenjarakan ketika pemerintahan Najib pada 2015 dan kemudian dibebaskan selepas pilihan raya bulan lalu berkata, Australia sering mengeluarkan kenyataan menyokong pentadbiran Najib sebelum ini.

Beliau membangkitkan kes berprofil tinggi membabitkan seorang anggota polis yang kini ditahan di Australia, selepas melarikan diri dari Malaysia kerana dihukum gantung atas kesalahan membunuh seorang model warga Mongolia yang disyaki mempunyai kaitan dengan skandal rasuah kerajaan Najib.

“Sudah tiba masanya untuk Australia menerima bahawa dasar asing mereka kotor, ramai warga Malaysia menganggap negara ini sama ada bersubahat atau menerima amalan rasuah serta tindakan jenayah.

“Justeru, saya merasakan pihak berkuasa Australia perlu memperbaiki keadaan dengan membenarkan bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar pulang.

“Beliau patut diberikan perlindungan untuk mendedahkan kebenaran dalam perbicaraan baharu,” kata Ketua Umum PKR yang berusia 70 tahun itu kepada radio ABC hari ini.

Sirul mendakwa beliau diarahkan ‘individu penting’ untuk membunuh model Altantuya Shaaribuu, iaitu perempuan simpanan pembantu Najib yang didakwa menguruskan komisen daripada pembelian kapal selam Perancis.

Anwar yang dijangka menjadi pengganti Perdana Menteri berusia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia untuk melupakan kisah lalu kerana hubungan dengan Australia perlu ‘amat kuat’.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop mempertahankan hubungan terdahulu Canberra dengan Najib dan memaklumkan negara itu mahukan hubungan rapat dan produktif dengan kerajaan baharu.

“Hubungan positif dan meluas dengan pentadbiran terdahulu membolehkan kita bekerjasama dalam perkara membabitkan kepentingan nasional Malaysia dan Australia.

“Kami mengelak mengganggu kedaulatan negara lain, sebagai mana kami berharap negara lain tidak campur tangan dalam hal ehwal politik kami,” menurut satu kenyataan Bishop.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia yang mengendalikan pusat tahanan lokasi Sirul ditahan hari ini memberitahu bahawa ia tidak akan mengulas mengenai kes individu. – AFP/BH Online

Komen


Berita Berkaitan