Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aumni UMS asal China sumbang pembangunan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Seorang alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berasal dari negara China memilih berniaga di negeri ini untuk membantu pertumbuhan ekonomi Sabah.

Michael He Long, bekas graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) berkata, pelbagai jenis perniagaan telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat berkenaan sejak tamat pengajian pada tahun 2012.

“Saya menjalankan perniagaan solar, zink berteknologi nano, restoran, hotel dan pusat pelancongan selepas sahaja menamatkan pengajian dan masih beroperasi sehingga kini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang di pejabatnya di Kolombong Inanam baru-baru ini.

Michael berkata, beliau juga bersedia untuk membantu mana-mana pihak khususnya alumni UMS yang ingin bekerjasama dan membangunkan jaringan perniagaan bersama beliau.

“Saya percaya kerjasama ini sekali gus bukan sahaja dapat membantu rakan-rakan alumni UMS yang lain tetapi dapat sama-sama merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Darwis memaklumkan lawatan berkenaan merupakan satu inisiatif Pusat Alumni UMS untuk bertemu, mempromosi dan membina jaringan bersama alumni di seluruh negara.
“Dalam masa yang sama, kita membantu mereka untuk berkongsi, menyebar luas dan mengembangkan perkhidmatan serta produk kepada sesama alumni UMS dan masyarakat.

“Program ini akan berterusan dengan menyasarkan untuk menjejaki lebih ramai alumni di seluruh negara bagi memastikan jaringan kepakaran antara alumni UMS dapat diwujudkan sekali gus mampu menyumbang kepada pembangunan universiti ini serta masyarakat Malaysia amnya dan Sabah khususnya,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Darwis turut mengalu-alukan para alumni UMS dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Michael dengan menghubungi Pusat Alumni UMS melalui e-mel [email protected] atau talian 088-320000 sambungan 4165./SayangSabah

Darwis (kiri) mengambil gambar bersama Michael (kanan) semasa kunjungan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan