Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Audit Negara Dapati Tiada Keraguan Laporan 1MDB

nur-jazlan

KUALA LUMPUR – Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendaati tiada apa-apa yang meragukan selepas kesemua akaun selesai diaudit.

Perkara tersebut didedahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia dalam satu sidang media diadakan di sini pada Khamis oleh ketuanya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Jawatankuasa itu yang disertai kedua-dua belah pihak anggota parlimen BN dan pembangkang mendedahkan, laporan Ketua Audit Negara mengesahkan tiada apa-apa luar biasa di sebalik kritikan 1MDB kurang bekerjasama.

“Tiada apa-apa yang mencurigakan dalam laporan awal ini, 1MDB namun tidak memberi kerjasama penuh dengan pihak Ketua Audit Negara,” kata Nur Jazlan kepada pemberita.

1MDB, yang didakwa kononnya menanggung hutan lebih AS$11 bilion kini disiasat oleh pasukan petugas khas yang dibentuk Peguam Negara bagi menyiasat penyelewengan dan salah urus kewangan firma tersebut.

Minggu lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kononnya pihak penyiasat mengesan 1MDB memindahkan AS$700 juta ke dalam beberapa akaun bank dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun laporan akhbar Amerika Syarikat itu dipertikaikan pelbagai pihak dan agensi berita antarabangsa Reuters juga dilaporkan gagal mendapat pengesahan berhubung kesahihan dakwaan berkenaan.

Najib malah menafikan beliau menerima wang berkenaan untuk kepentingan peribadi manakala pihak 1MDB menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan diragui kebenarannya.

Pada Rabu, pihak polis menyerbu pejabat 1MDB bagi mencari dokumen yang boleh dijadikan bahan bukti untuk proses siasatan yang turut melibatkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pasukan petugas empat agensi itu dalam kenyataan pada Khamis berkata, mereka kini meneliti segala penyata bank, dokumen berkaitan perniagaan, urus niaga pelaburan dan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB.

Mereka juga menjelaskan kenyataan sebelum ini bahawa akaun bank Ambank Islamic yang kononnya milik Najib tidak dibekukan kerana ia memang sudah pun ditutup sejak 2013 lagi.

Perdana Menteri dalam pada itu turut mengesahkan beliau sudah mengarahkan peguamnya mengemukan proses tindakan undang-undang terhadap WSJ kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah. – Mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan