Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Atuk selamat rumah terbelah dua

rumah terbelah dua

SEGAMAT: Berpantang maut sebelum ajal apabila lelaki warga emas terselamat walaupun rumah didiami terbelah dua dihempap pokok durian tumbang petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Omar Hassan, 67, bernasib baik apabila menerima lima jahitan di kaki kanan akibat dihempap pokok durian milik jiran yang tumbang di Kampung Berata di sini.

Kejadian dikatakan berlaku akibat kejadian angin kencang melanda kawasan itu selama 30 minit itu.

 

 

 

Isteri mangsa, Siti Minaton Sabilan, 57, berkata, ketika kejadian dia dan suami berada di dalam rumah bersama seorang cucu perempuan Nor Qistina Abdullah, lima tahun.

“Kami terkejut apabila rumah kami bergegar akibat ribut berkenaan. Suami saya kemudian mengarahkan saya dan cucu lari menyelamatkan diri ke kawasan lapang di halaman rumah.

“Pada masa sama dia berlari ke tengah rumah kerana mahu menutup suis peti sejuk kerana bimbang berlaku litar pintas,” katanya.

Namun tidak sampai beberapa minit, pokok durian berhampiran rumahnya tumbang dan menghempap rumah.

“Rumah kami terbelah dua. Saya nampak tangan suami terkapai-kapai meminta tolong dari celah runtuhan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Siti berkata, dia kemudian berusaha menarik tangan suaminya dari celah dahan pokok sebelum memapahnya keluar dari runtuhan

“Suami saya bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan rumah yang diami mereka sejak puluhan tahun lalu rosak teruk.

“Bagaimanapun saya masih bersyukur kerana kami bertiga tidak hilang nyawa dalam kejadian ini. Ini adalah kuasa Tuhan kerana kami semua selamat,” katanya

Sementara itu, Omar berkata, dia mula berasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku apabila menyedari angin kencang yang melanda amat luar biasa

“Ternyata telahan saya tepat. Mujurlah saya hanya cedera di kaki dan menerima lima jahitan,” katanya.

Difahamkan sebanyak 60 rumah dan premis perniagaan di kawasan itu turut mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan