Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ATM siap siaga berdepan sebarang ancaman

Hishammudin menyampaikan sumbangan kepada balu-balu anggota ATM.

Kota Belud : ​Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siap siaga berdepan dengan apa juga bentuk ancaman keselamtan, kata ​Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein​.

Beliau yang ditemui pada sesi demonstrasi pasukan keselamatan di sini, berkata, selain aset ATM yang berada​ ​dalam keadaan siap siagaan, moral anggota ATM juga berada dalam paras pretasi tinggi.

“Demo​n​strasi ini melibatkan sebahagian asset ATM milik Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditempatkan di negeri ini.

“Demonstrasi Keupayaan ATM ini membuktikan tahap keupayaan dan kesiagaan asset-aset ATM dalam melaksanakan misi serta mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara,” ​jelasnya.​

Demonstrasi keupayaan tersebut melibatkan aset setiap perkhidmatan ATM antaranya helikopter Agusta, Fennec EC725, Nuri dan pesawat pejuang FA-18D Hornet dan Hawk, pesawat pengangkut C-130, kenderaan Gempita, perisai Lipan Bara dan anggota Briged Para, Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL).

​Selain itu, ​ATM turut mengadakan pameran statik dan aset di lokasi demonstrasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Hampir 5,000 penduduk memenuhi Lapangan Udara Kota Belud bagi menyaksikan Demostrasi Kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Turut hadir di program berkenaan adalah Menteri Komunikasi dan Multi Media Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak./PENERANGAN-

Antara anggota ATM yang hadir turut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Hishammuddin (berdiri, lima dari kiri).

Komen


Berita Berkaitan