Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ATM jamin keselamatan Sabah terjaga

BINCANG….Jalaluddin memberi penjelasan kesiapsiagaan ATM
BINCANG….Jalaluddin memberi penjelasan kesiapsiagaan ATM-foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU  –  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan tahap keselamatan di negeri ini adalah terjamin.

Semua cabang ATM bearada dalam keadaan siap sedia menghadapai sebarang kemungkinan.

Malah, anggota tentera sentiasa bersedia untuk digerakkan dalam apa juga keadaan sama ada ancaman keselamatan ataupun bencana pada bila-bila masa.

Panglima 5 Briged, Bregedier Jenderal Dato Haji Jalaluddin Haji Manan menyatakan demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat tidak perlu risau terhadap keadaan keselamatan di negeri ini dan setiap pos-pos kawalan ATM khususnya di pesisir pantai sentiasa bersedia.

“Walaupun berjauhan dengan keluarga semangat perjuangan mereka tidak pernah luntur demi menjaga kedaulatan Negara”, jelasnya.

Semasa kunjungan tersebut beliau turut menyampaikan surat ucapan penghargaan daripada Panglima ATM atas kerjasama dan sokongan kerajaan negeri terhadap keperluan pasukan.

Tambahnya, ATM sangat berterima kasih di atas kprihatinan Kerajaan Negeri menjaga kebajikan dan keperluan anggota pasukan selama ini.

Pada kunjungan itu, Tun Juhar turut menerima cenderamata berupa beg yang berisi makanan dan keperluan semasa hari raya yang diberikan kepada semua anggota yang bertugas.- PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan