Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Atlet Wanita Jumpa Bangkai Katak Dalam Salad Nando’s

Untitled10

SEORANG atlet wanita terkejut apabila dia menemui seekor katak yang hampir reput dalam salad Nando’s selepas dia telah memakan hampir sebahagian daripadanya.

Louise Rudd, dari Manchester, telah memesan Chicken Quinoa Salad  di restoran Nando’s di Timur Didsbury bersama anak dan suaminya apabila dia menjumpai katak itu di dalam makanannya.

Menurut Manchester Evening News, atlet itu berkata:

”Sangat menjijikkan kerana apabila saya melihat katak itu, saya telah hampir untuk menghabiskan salad yang diberikan kepada saya”.

‘Ia adalah dahsyat, katak itu masih lengkap dan hampir reput. Saya pergi ke bilik air dan mula berasa mual. ‘

Satu laporan makmal yang diperintahkan oleh Louise mengesahkan bahawa haiwan itu ialah sejenis katak Eropah.  -MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan