Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Atlet Sukma Sabah diingatkan agar sentiasa menerapkan semangat kesukanan

3:03pm 13/07/2016 Leolerry Lajius 77 views Sukan,Tempatan
Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan atlet yang mewakili Sabah ke SUKMA.

Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan atlet yang mewakili Sabah ke SUKMA.

KOTA KINABALU: Atlet negeri Sabah yang mewakili negeri ini ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 diingatkan agar sentiasa menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dalam apa juga acara yang disertai.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, semangat kesukanan dan mempunyai disiplin yang tinggi adalah penting bagi atlet sebagai pendorong kepada kejayaan dalam acara yang disertai.

“Atlet yang mewakili Sabah ke SUKMA adalah pejuang yang terbaik dipilih untuk bersaing dengan kontinjen lain.”

“Barisan atlet ini bukan sahaja yang sebagai pejuang malah juga merupakan duta bagi negeri ini, justeru setiap atlet haruslah menjaga disiplin dan perlakuan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Sabah Datuk Masiung Banah di kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Sabah menghantar seramai 335 orang atlet bagi menyertai 21 daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan yang bakal berlangsung bermula 22 Julai ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan