Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Atlet Guna Bahan Terlarang Diharam Sertai Sukan – KBS

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

LAHAD DATU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengharamkan atlet yang didapati menggunakan bahan terlarang untuk menyertai sebarang aktiviti sukan di negeri ini termasuk bina badan.

Menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan atlet yang menggunakan bahan terlarang tetapi masih mahu menyertai acara sukan di negeri ini

“Ada atlet, contoh dalam bina badan, hanya kerana tidak mahu kalah dengan pihak lawan dan mahu otot bisep lebih besar lagi mulalah menggunakan bahan seperti suntikan steroid,” katanya semasa berucap merasmikan kejohanan Mr Sabah 2017 Peringkat Negeri di sini, hari ini.

 Beliau berkata, penggunaan bahan terlarang itu hanya merosakkan kehidupan atlet sendiri sekali gus nama Majlis Sukan Negeri Sabah.

Selain itu, beliau turut menyifatkan masalah obesiti di negara ini merupakan pembunuh senyap yang berupaya meragut nyawa, justeru pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam mencegah perkara itu.

“Termasuklah dengan mengisytiharkan setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai hari Sukan Negara yang mana semua rakyat Malaysia bersama menerapkan budaya hidup sihat untuk mengadakan aktiviti fizikal demi kesihatan tubuh badan,” katanya.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas di Tawau menasihati penduduk di daerah ini agar memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan senaman untuk gaya hidup sihat. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan