Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Atlet digesa berusaha capai kecemerlangan

2:15pm 28/12/2015 Ann Vivien 20 views Sukan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq diperkenalkan kepada pemain bola tampar lelaki

Tawfiq diperkenalkan kepada pemain bola tampar lelaki

TAWAU;  Semua atlet sukan digesa agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Titingan berkata, tiada jalan pintas buat atlet sukan untuk berjaya kerana hanya dengan usaha dan kerja keras sahaja mereka mampu menjadi atlet berjaya menurutnya, sebagai contoh atlet sukan badminton tersohor negara seperti Datuk Lee Chong Wei mahupun bintang squasy negara Datuk Nicol David, para atlet ini perlu  berusaha untuk terus mencapai ke peringkat lebih tinggi lagi. Justeru, disiplin amat memainkan peranan yang penting sekiranya atlet ingin maju ke hadapan

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan perlawanan akhir bola tampar lelaki dan wanita peringkat daerah Semporna dan perlawanan akhir bolasepak piala presiden di Semporna

Dalam kejohanan bola tampar sebanyak 18 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. dalam perlawanan akhir, pasukan ‘sabah team’ telah menewaskan pasukan ‘gagil volleyball team’

Manakala dalam perlawanan akhir bolasepak piala presiden,pasukan Belia Larapan FC telah menewaskan pasukan warrior FC menerusi penentuan sepakan penalti

Sebelum itu Pegawai Kementerian Belia dan Sukan  Daerah Semporna Marasun Hassim dalam ucapannya berterimakasih kepada Tawfiq kerana dapat meluangkan masa untuk merasmikan kedua-dua majlis tersebut.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur kerana dapat melaksanakan majlis ini dengan jaya.
Begitu juga dengan para belia di daerah Semporna ini dapat bekerjasama untuk membantu melaksanakan majlis ini.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan