Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Atasi konflik dalam organisasi secara positif  

Salleh Said (kiri) semasa menyampaikan taklimat bertajuk `Konflik Dalam Organisasi’ di Univerisiti Malaysia Sabah (UMS). - foto Alex Mairin
Salleh Said (kiri) semasa menyampaikan taklimat bertajuk `Konflik Dalam Organisasi’ di Univerisiti Malaysia Sabah (UMS). – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Konflik dalaman organisasi boleh diatasi secara positif dan perbezaan  pendapat yang timbul seharusnya dlihat sebagai usaha untuk memperbaiki organisasi itu secara keseluruhan.

Menurut satu kajian, sebenarnya 10 peratus daripada konflik yang berlaku adalah kerana perbezaan pendapat, namun 90 peratus lagi lebih kepada soal bagaimana perbezaan pendapat itu boleh berlaku.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Said berkata, semua pihak perlu melihat kewujudan konflik sebagai satu peluang dan bukan halangan mahupun masalah besar yang tidak boleh diatasi menerusi pengurusan yang baik.

“Saya berpegang kepada pendapat bahawa kita kena meraikan perbezaan. Ia bukan perkara ganjil kerana kalau kita lihat dalam satu taman itu kalau banyak bunga baunya pun berbeza, tetapi ia mencantikkan taman tersebut.

“Justeru, perbezaan itu bukan satu perkara yang perlu kita risaukan. Persoalannya ialah bagaimana kita mengurus dan mengendalikan perbezaan tersebut, itu yang penting. Kalau kita mengatakan dalam organisasi kita tidak ada perbezaan maka ia tidak tepat kerana kita masing-masing ada pandangan.

“Saya tengok dalam mana-mana organisasi kita rasa agak risau jika ada perbezaan. Sekiranya terdapat masalah kenalah cari jalan menyampaikan pendapat itu kepada pihak atasan. Bukan dengan bertindak luar batasan seperti membuat surat layang dan fitnah,” katanya ketika menyampaikan taklimat bertajuk `Konflik Dalam Organisasi’ di Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Program anjuran Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) itu adakan di Galeri Aras Tiga, Bangunan Canselori, UMS.

Mengambil contoh konflik dalam organisasi politik, Salleh berkata, ia merupakan perkara biasa kerana masing-masing mempunyai pandangan berbeza termasuk dalam soal hak Sabah, autonomi, Perjanjian Malaysia dan Perkara 20 yang menjadi topik perdebatan masa kini.

Perbezaan pendapat itu, katanya, tidak semestinya menimbulkan pertelagahan tetapi melihat sesuatu perkara itu daripada perspektif berbeza.

“Ada yang memikirkan bahawa kita kena melihat 20 perkara dan sebagainya. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan melihat perkara ini sebagai satu pakej secara keseluruhan. Pada beliau, 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, IGC dan Perlembagaan sebagai satu pakej.

“Namun, saya berpendapat, ia adalah satu proses. Pada saya, dokumen yang penting ialah Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan, di situ perbezaan, tetapi saya tidak boleh memaksa beliau (Jeffrey) menerima pandangan saya, sama juga beliau tidak boleh memaksa saya menerima pandangannya.

“Jadi, amalan ini seharusnya ada pada kita. Itulah saya katakan kita raikan perbezaan. Kalau kita sekat, timbul banyak politiking dalam organisasi kerana perasaan marah itu sudah ada. Politiking berlaku kerana perebutan, itu biasa, tapi soalnya kita kena hormati keputusan itu bagi mengelak masalah itu daripada berlarutan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar sesebuah organisasi berkaitan mengadakan program Bina Semangat dalam kalangan kakitangannya dan memperbanyakkan interaksi di antara pengurusan dan kakitangan kerana banyak perkara sebenarnya boleh diselesaikan secara tidak formal.

“Saya pernah menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berada di situ selama sebulan pada 1998. Banyak sebenarnya perkara diselesaikan di luar persidangan. Dalam mesyuarat hanya pengesahan sahaja,” jelasnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan