Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ATAP SK PEKAN KOTA BELUD RANAP


Kelihatan bumbung SK Pekan Kota Belud jatuh ekoran angin kencang. – Gambar SNT / Ehsan SK Pekan Kota Belud

KOTA BELUD: Atap sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud rosak ekoran angin kencang yang berlaku pada tengah harı tadı.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, dengan pelajar serta kebanyakan guru dan kakitangan sudah balik dan keluar berehat dan menunaikan solat Jumaat

Kejadian angin kencang selama 10 minit itu turut menyebabkan beberapa kerosakan kecil di bangunan tersebut.

Kemudahan di dalam sebuah kelas yang terletak di tingkat tiga bangunan SK Pekan Kota Belud turut mengalami kerosakan. – Gambar SNT / Ehsan SK Pekan Kota Belud

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, pihaknya telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud untuk membuat anggaran kerosakan tersebut.

“Pihak PPD Kota Belud telah menghangar laporan kepada saya berhubung kejadian itu hari ini. Difahamkan, kerosakan berlaku di tingat tiga bangunan itu.

“Kita akan berusaha menyegerakan permohonan peruntukkan daripada Kementerian Pelajaran bagi membaiki kerosakan di bangunan SK Pekan Kota Belud,” Katanya ketika dihubungi Sabah News Today.

Maimunah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di situ mendapati atap bangunan kelas rosak manakala bahagian bangunan lain hanya mengalami kerosakan kecilrosak kecil.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan