Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ATAP DITERBANGKAN ANGIN

Anggota bomba mengalihkan serpihan atap yang ditiup angin kencang. Gambar SNT/Ehsan BBP KK

KOTA KINABALU: Angin kencang pada tengahari tadi menerbangkan atap bangunan sepanjang 80 meter lalu jatuh di atas jalanraya di hadapan Jesselton Point.

Balai Bomba Kota Kinabalu menerima panggilan pada jam 1.10 petang mengenai runtuhan atap yang menghalang lalulintas.

Enam orang anggota diketuai oleh PBK II Saminin Itang bergegas ke tempat kejadian dan melakukan kerja mengalihkan struktur yang jatuh dalam masa lebih kurang sejam.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di Sabah telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi sehingga 11 Ogos ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejak (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan tersebut.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan