Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Atap ‘dikerat’ terowong

KEADAAN bas yang terperosok di bawah terowong.
KEADAAN bas yang terperosok di bawah terowong.

Lille (Perancis): Enam penumpang sebuah bas parah selepas atap kenderaan dinaiki itu terpotong ketika cuba lalu di bawah jambatan yang rendah.

Pendakwa Lille, Frederic Fevre berkata, bas dari Sepanyol yang membawa 58 penumpang itu cuba memandu di bawah jambatan yang melarang kenderaan melebihi 2.6 meter melaluinya.

Seramai 28 penumpang lain – kebanyakannya pelajar Sepanyol berusia 18 hingga 29 tahun – cedera ringan dalam kejadian jam 5.30 pagi itu (waktu tempatan) ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bilbao ke Amsterdam.

Penumpang dikenali sebagai Carlota berkata: “Kebanyakan kami tidur dan bingung kerana tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Tiba-tiba kami melihat bahagian siling terowong itu di atas kepala.”

Saksi berkata, penumpang yang duduk di belakang mengalami kecederaan paling teruk apabila puing akibat rempuhan tercampak ke situ.

Fevre berkata, pemandu berusia 59 tahun mempunyai rekod baik dan mematuhi arahan alat GPS digunakannya ketika kejadian.

Dia disoal pihak berkuasa dan ujian dijalankan menunjukkan dia bebas alkohol serta dadah.

Penumpang yang tidak cedera ditempatkan sementara di pusat sukan berhampiran sebelum dihantar pulang ke Sepanyol. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan