Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Astrotourism bakal tarikan pelancongan baru Sabah

9:26am 14/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 587 views Tempatan
Bima Sakti atau Milkyway yang dirakam di Tips of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat oleh ahli Sabah Stargazer, Yunus Jinul

Bima Sakti atau Milkyway yang dirakam di Tips of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat oleh ahli Sabah Stargazer, Yunus Jinul

KUDAT- Pelancongan astronomi (astrotourism) dan fotografi bakal menjadi tarikan baharu di Sabah dan Malaysia amnya.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata bahawa astrotourism merupakan pelancongan berkonsepkan ‘Millions Stars Hotel’ dengan kos yang minimum.

Jelasnya, pelancong boleh menikmati keindahan malam dengan berbumbungkan jutaaan bintang dan objek cakerawala di langit.

“Dengan kos minimum, sektor ini tidak mustahil dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong luar ke Sabah.

“Dengan perancangan teliti, ia akan menjadikan Sabah sebagai salah sebuah lokasi terbaik mencerap bintang di dunia suatu hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Perseid Meteor Shower Viewing Party disini, semalam.

Tambahnya, astrotourism juga dapat memberi pendidikan secara tidak lansung kepada masyarakat agar lebih menghargai khazanah alam dan angkasa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazer) , Dr Esmar Abdul Hamid berkata program itu merupakan anjuran bersama antara Sabah Stargazer dan MOTAC Sabah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai melihat hujan meteor dan mencerap objek-onjek cakerawala.

“Ini merupakan program kali kedua anjuran Sabah Stargazer
dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan,
hampir 500 ahli kelab, orang awam serta pelajar-pelajar sekolah menyertai program ini.

“Kami berharap kerjasama dan sokongan pihak MOTAC Sabah akan berterusan dan kami turut menggalakkan kerjasama agensi dan NGO lain untuk mempromosikan bidang astronomi dan fotografi di negeri ini.

“Pada sesi itu, para pengunjung dapat menyaksikan hampir 50 juraian meteor dan fireball,” jelasnya.

Selain menyaksikan hujan meteor hujan dan pencerapan, turut diadakan taklimat berkenaan fenomena berkenaan turut disampaikan oleh Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor. -Penerangan

GILIRAN...Peserta program menunggu giliran untuk menggunakan teleskop bagi melihat planet Zuhal dan Bulan.

GILIRAN…Peserta program menunggu giliran untuk menggunakan teleskop bagi melihat planet Zuhal dan Bulan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan