Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Asrama SMK Tandek terbakar

11:57am 28/04/2016 Leolerry Lajius 924 views Tempatan
Kedaan asrama yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Kedaan asrama yang terbabit dalam kejadian tersebut.

KOTA MARUDU: Blok asrama perempuan tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Pihak bomba telah mendapat makluman mengenai kejadian itu pada jam 9.39 pagi dan tiba di tempat kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 9.48 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PgB Asran Bin Asip itu menggunakan pemadaman  2 aliran 3 pancutan nozel dan mendapatkan sumber air daripada pili Bomba yang berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba daripada merebak ke blok lain pada jam 10.40 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih disiasat. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan