Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Asrama pelajar SM Pei Psin, Kudat terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan blok asrama menempatkan pelajar lelaki dan perempuan SM Pei Tsin, di Kudat. – Foto Ihsan Bomba

 

KUDAT: Satu blok bangunan asrama menempatkan pelajar Sekolah Menengah (SM) Pei Psin, di sini, terbakar, pagi tadi.

Kejadian jam 8.18 pagi itu menyebabkan hampir keseluruhan tingkat atas bangunan asrama musnah, namun tiada kecederaan dilaporkan kerana ketika kebakaran, pelajar berada di kelas masing-masing.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.20 pagi sebelum menghantar sepasukan 24 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat.

“Setiba di lokasi kebakaran, pasukan bomba melakukan pemadaman dan operasi terkawal jam 8.48 pagi, seterusnya membuat pemeriksaan menyeluruh kawasan kebakaran bagi memastikan tiada bahaya di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata, kebakaran membabitkan satu blok asrama sekolah dua tingkat yang terbakar hampir keseluruhan di tingkat atas bangunan berkenaan.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah, operasi memadam itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kampung Air. – Oleh Junaidi Ladjana/Bh Online

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan blok asrama menempatkan pelajar lelaki dan perempuan SM Pei Tsin, di Kudat. – Foto Ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan