Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Asnimar terima Anugerah Tokoh Wanita Sabah 2018

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew (dua kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Wanita 2018 kepada Datuk Asnimar Sukardi pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2018 di Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pengerusi Sedcovest Holding Sdn. Bhd., Datuk Asnimar Sukardi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Wanita Sabah 2018 dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Peringat Negeri Sabah dan beliau menerima wang tunai RM10,000, trofi serta sijil.

Anugerah tersebut disampaikan kepada beliau oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Christina Liew yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pemilihan Asnimar adalah berdasarkan sumbangan aktif beliau dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah pada 2005 hingga 2010, Pengerusi Majlis Perundangan Belia Negeri Sabah (2012-2014) serta menjadi Ahli Lembaga Pelawat Rumah Anak Yatim Tambunan dan beberapa NGO yang lain hingga kini.

Sebanyak tujuh lagi anugerah diberikan bagi mengiktiraf kecemerlangan wanita sempena majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu.

Penerima Anugerah Ushawan Emas Kementerian Belia dan Sukan (2015) diraih oleh Mary Jim yang turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Wanita 2018 diatas sumbangan dan penglibatan beliau dalam mengangkat hasi seni kraf luar bandar.

Sementara itu, aktivis muda sukarelawan yang juga seorang guru muzik berusia 27 tahun, Katerine Chong Suk Mee menerima Anugerah Ikon Wanita Harapan manakala Anugerah Budayawan Wanita Cemerlang diberikan kepada Datuk Dr. Zaiton Ajamain di atas sumbangannya dalam mengangkat dan memartabatkan karya sastera di negeri ini.

Kecekalan seorang suri rumah, Dayang Awang Abas,77, dari Kampung Benoni, Papar dalam mendidik sembilan anak beliau hingga berjaya mendapat pendidikan tinggi di universiti tempatan dan luar negara membolehkannya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali.

Anugerah Ushawan Wanita Cemerlang pula diberikan kepada usahawan kraf terkenal Sabah iaitu Jamilah Abdullah mempunyai berjaya mewujudkan 11 buah cawangan perabot di atas jenamanya sendiri.

Anak jati Kunak dan penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita 2017, Sariyaman Sabur, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ushawan Wanita Harapan di atas kecemerlangan beliau dalam keushawanan industri pemakanan negeri.

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) Cawangan Sabah dipilih menerima Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang 2018 di atas kerana bakti yang dicurahkan dalam memupuk dan mendidik golongan muda berlandaskan Al-Quran dan Sunnah melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sesi ceramah dan seminar bagi membantu menangani gejala sosial terutama di pedalaman negeri. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan