Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aset Pasukan Keselamatan Di Pulau Jambongan Perlu Dinaik Taraf – Ronald

5:48pm 04/05/2016 Pak Roshan 224 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

esscom kursus

BELURAN : Aset pasukan keselamatan yang ditempatkan di Pulau Jambongan perlu dinaik taraf bagi memberi keyakinan kepada 5,000 penduduk di pulau itu, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata usaha menambah baik aset anggota keselamatan yang terdiri anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) penting berikutan pulau berkenaan merupakan antara pulau yang perairannya berhampiran sempadan antarabangsa dengan negara jiran Filipina.

Katanya biarpun Pulau Jambongan dibekalkan dengan satu platun ATM dengan kekuatan 30 anggota namun masih kekurangan aset seperti bot dan kenderaan untuk melakukan rondaan keselamatan di darat dan laut.

“Ini merupakan kerisauan yang diluahkan segelintir penduduk di pulau ini,” kata Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika ditemui pada lawatan kerja di Pulau Jambongan, hari ini.

Terdapat enam kampung di pulau itu — Kampung Jambongan Hujung, Melalin, Bahanan, Limau-Limau, Babago dan Singgahmata.

Terdapat juga sebuah Balai Polis di pulau Jambongan yang didiami lebih 5,000 penduduk termasuk pekerja dua syarikat ladang sawit yang ada di pulau berkenaan.

Pulau Jambongan merupakan sebahagian daripada kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletakkan di bawah kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ronald berkata beliau akan mengemukakan masalah itu kepada Menteri atau Timbalan Menteri Pertahanan untuk diambil perhatian.

Menurutnya masalah lain yang diluahkan oleh penduduk di Pulau Jambongan adalah masalah bekalan air di pulau berkenaan yang kritikal terutama pada musim kemarau pada masa ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan