Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Asbut makin kritikal di Shanghai

9:28am 16/12/2015 Pak Roshan 2 views Global
SEORANG wanita memakai topeng dengan berlatar belakangkan bangunan yang tidak dapat dilihat disebabkan asbut.

SEORANG wanita memakai topeng dengan berlatar belakangkan bangunan yang tidak dapat dilihat disebabkan asbut.

Shanghai: Bandar Shanghai kembali diselubungi asbut paling kritikal sejak Januari sehingga memaksa aktiviti sekolah dan luar dihentikan.

Pihak berkuasa juga mengehadkan waktu kerja di kawasan pembinaan serta kilang kerana kadar pencemaran udara di negara itu semakin buruk.

Terdahulu, pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan amaran tahap kuning dan menasihatkan orang tua serta kanak-kanak menghindari aktiviti luar selain menutup tingkap.

Lebih merumitkan keadaan apabila Shanghai dilanda asbut sehari sebelum bandar itu menjadi tuan rumah Persidangan Internet Dunia, di mana Presiden Xi Jinping memberi ucapan.

Antara tetamu dunia yang dijangka hadir adalah pemimpin dari Russia dan Pakistan.

Minggu lalu, pencemaran di Beijing mencapai tahap merah buat kali pertama menyebabkan kenderaan dilarang di jalan raya dan kelas dibatalkan.

Keadaan asbut turut menyebabkan tahap penglihatan terhad dan kualiti udara mencapai 300 – skala bahaya yang mampu memberi kesan teruk terhadap kesihatan awam. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan