Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Asas pendidikan bantu anak-anak PATI, pelarian 

KOTA KINABALU –  Usaha menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) boleh dilihat dari konteks berbeza daripada apa yang dilaksanakan sekarang iaitu kawalan, penguatkuasaan dan membanteras kebanjiran PATI.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Mohd. Rahazzal Shah Abdul Karim berkata, diakui dalam tempoh dua hingga lima tahun ini kerajaan telah mengambil langkah proaktif  bagi mengatasi masalah PATI di Sabah.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Mohd. Rahazzal Shah Abdul Karim.
Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Mohd. Rahazzal Shah Abdul Karim.

“Apa yang saya boleh dilihat dari konteks Sabah, kita perlu mara ke hadapan (move forward) dan perlu melihat isu ini secara objektif dan dalam masa sama perasaan sentimen perlu dikawal… macam mana mengawalnya adalah melalui Pendidikan.

“Kita tahu (pendidikan) adalah yang paling penting dan usaha itu dilakukan oleh kerajaan, sama ada kerajaan pemerintah (Barisan Nasional) atau siapa juga yang memerintah. Mereka akan melakukan benda yang sama,” katanya kepada SayangSabah.

Menurutnya, ramai yang tidak menyedari bahawa asas pendidikan kepada anak-anak PATI dan pelarian merupakan satu tanggungjawab bersama sebagai memenuhi konsep asas hak kemanusian sejagat.

Mohd. Rahazzal berkata, masyarakat perlu menyedari bahawa asas pendidikan dapat mendedahkan kanak-kanak itu kepada baik dan buruk migrasi serta mengapa ia berlaku dalam kelompok atau keluarga mereka.

Secara tidak langsung, jelasnya pendidikan berupaya mengurangkan masalah jenayah dalam kalangan PATI termasuk gejala kanak-kanak berkeliaran dan meminta sedekah di tempat-tempat awam di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan memberikan dokumen kelahiran kepada stateless children adalah untuk membolehkan mereka mendapatkan asas pendidikan sehingga ke satu tahap keperluan.

Katanya, masyarakat perlu memupuk satu kesedaran lebih komprehensif kepada golongan muda supaya melihat ini sebagai sesuatu perkara positif dan jangan terbelenggu dengan perbincangan politik semata-mata yang akhirnya penyelesaian itu tidak sampai ke mana. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan