Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Asap dalam pesawat

10:16am 22/05/2016 Pak Roshan 1233 views Global
JAKET keselamatan yang ditemui pasukan pencari di Laut Meditteranean.

JAKET keselamatan yang ditemui pasukan pencari di Laut Meditteranean.

Kaherah: Pesawat Penerbangan MS804 EgyptAir menghantar mesej automatik mengisyaratkan asap dalam pesawat sebelum terhempas ke Laut Mediterranean, kata agensi keselamatan penerbangan Perancis, semalam.

Kapal terbang Airbus A320 itu membawa 56 penumpang dan 10 anak kapal dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah awal Khamis lalu apabila ia hilang dari radar dengan beberapa serpihan kemudian ditemui di laut berkenaan.

Meskipun mesej automatik itu mungkin menawarkan bantuan untuk penyiasatan, lebih banyak serpihan, termasuk kotak hitam perlu ditemui untuk membantu penyiasat merumuskan punca nahas.

“Ada mesej ACAR yang dikeluarkan pesawat itu, menunjukkan ada asap dalam kabin sebelum transmisi data terputus,” kata jurucakap Biro Siasatan dan Analisis Perancis.

ACAR ialah singkatan untuk Sistem Komunikasi Penyampaian dan Laporan Pesawat yang berbentuk digital dan menghantar mesej ringkas dari pesawat ke stesen di darat.

“Terlalu awal untuk mentafsir dan memahami punca kemalangan selagi kita tidak menemui serpihan atau perakam data penerbangan,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, pasukan mencari meneruskan operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat dan kotak hitam bagi membantu menyiasat punca kapal terbang itu terhempas.

Pegawai EgyptAir memberi tumpuan pada mayat penumpang dan perakam penerbangan yang akan berhenti mengeluarkan isyarat dalam masa sebulan jika baterinya kehabisan kuasa.

Meskipun Menteri Penerbangan Mesir menyatakan ia besar kemungkinan berpunca daripada keganasan, Menteri Luar Perancis Jean-Marc Ayrault berkata kelmarin, masih belum ada bukti menunjukkan punca kemalangan.

Kejadian Khamis lalu berlaku tujuh bulan selepas sebuah pesawat penumpang Russia meletup di udara, angkara pengganas Daish, ketika berada di ruang angkasa Sinai, yang menyebabkan semua 224 orang di dalamnya terbunuh. – Agensi/HMetro

SEBAHAGIAN serpihan pesawat Airbus A320 milik EgyptAir yang dijumpai.

SEBAHAGIAN serpihan pesawat Airbus A320 milik EgyptAir yang dijumpai.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan