Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Asah bakat anak jadi pemimpin berkaliber

 

Abdul Muis Picho (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Abdul Muis Picho (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang
pelajar pada majlis itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Golongan muda perlu dididik erti tanggungjawab agar mereka mampu menggalas tugas sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlu bekerjasama menjadi guru terbaik kepada generasi muda.

“Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan golongan itu dapat dibentuk sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau Sesi 2014/2015, di sini hari ini.

Menurut beliau, selain akademik, golongan itu juga hendaklah diberikan didikan agama dan diterapkan dengan nilai-nilai budaya murni masyarakat timur yang dapat dapat membentuk generasi muda menjadi insan yang berilmu, mematuhi ajaran agama serta memiliki sifat terpuji yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau gerak-geri anak-anak bagi memastikan golongan itu tidak terjebak ke dalam gejala sosial atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan