Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AS tawar jadi perantara gencatan senjata

palestinisrael

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa AS bersedia menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata untuk menamatkan keganasan.

Pada 2012, gencatan senjata juga digunakan untuk menghentikan serangan Israel dalam peperangan lapan hari dan pengantara ketika itu adalah bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi

Hasrat itu disuarakan Obama menerusi panggilan telefon semalam.

Rumah Putih, melalui satu kenyataan berkata, Obama mengesahkan Israel berhak pertahankan diri daripada serangan roket oleh Hamas.

“Tetapi AS mahu serangan balas itu dihentikan bagi melindungi nyawa orang awam,” katanya dipetik AFP.

Kelmarin, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata dengan segera.

Namun, permintaan itu tidak dilayan oleh mereka dan sehingga kini tiada sebarang tanda serangan akan dihentikan.

Komen


Berita Berkaitan