Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Arya mula sekolah

9:41am 19/07/2016 Pak Roshan 50 views Global
ARYA menjadi tumpuan rakan sedarjahnya pada hari pertama mereka bersekolah, semalam.

ARYA menjadi tumpuan rakan sedarjahnya pada hari pertama mereka bersekolah, semalam.

Karawang: Arya Permana, kanak-kanak obes terlampau di daerah di Jawa Barat ini semalam mula memasuki sekolah yang terletak kira-kira 70 meter dari kediamannya.

Kanak-kanak berkenaan yang mempunyai berat badan 190 kilogram berjalan sendiri ke sekolah itu sementara ibu bapanya, Ade Somantri, 42, dan Rokayah, 37, memerhatikan.

Arya berhenti beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah itu kerana kepenatan dan sesak nafas.

Arya menjadi tumpuan media Indonesia dan antarabangsa apabila dia disahkan kanak-kanak paling obes di dunia baru-baru ini.

Dia sebelum ini dirawat di sebuah hospital di Bandung untuk menjalani diet bagi mengurangkan berat badannya.

Arya bagaimanapun enggan meneruskan rawatan itu walaupun selepas dipujuk kerana mahu bersekolah.

“Dia perlu berhenti untuk menarik nafas,” kata Ade ketika melihat anaknya berjalan ke sekolah, semalam.

Bukan setakat Ade dan Rokayah yang memerhatikan Arya, malah dia juga menjadi tontonan penduduk setempat dan wartawan yang datang untuk membuat liputan hari bersejarah bagi kanak-kanak itu.

Semalam ialah hari pertama persekolahan di Indonesia.

Berbeza dengan murid lain, Arya ke sekolah tanpa memakai uniform.

Dia hanya memakai seluar merah dan baju hijau tanpa lengan.

“Kami tidak dapat mencari saiz baju sekolah untuknya,” kata Ade. – Agensi / HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan