Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Arya jalani program diet di hospital Bandung

10:24am 13/07/2016 Pak Roshan 572 views Global

arya

Bandung: Selepas mendapat liputan meluas media, seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang memiliki berat badan mencecah 190 kilogram (kg) akhirnya dibawa ke hospital di sini untuk mendapat rawatan pakar.

Arya Permana yang berasal dari sebuah kampung di Karawang itu dibawa ke Hospital Bandung untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor, Julistio berkata, pemeriksaan mendapati jantung dan paru-paru Arya sihat tetapi diet kanak-kanak itu tidak terkawal.

“Kami meneliti adakah keadaan ini berpunca daripada gangguan genetik atau masalah pemakanannya yang luar biasa,” katanya.

Menurutnya, pihak hospital menyediakan program diet untuk Arya dengan menggalakkan kanak-kanak itu memakan banyak sayuran, makanan berserat serta bersenam.

“Kami akan memantau program diet dan senaman ini bagi memastikan berat badannya boleh diturunkan atau tidak,” jelasnya.

Menurutnya, pada usia 10 tahun dengan ketinggian 147 sentimeter, berat badan ideal Arya sepatutnya tidak lebih 50kg.

Berat badan Arya yang luar biasa menyebabkan kanak-kanak itu mendapat liputan meluas media termasuk media antarabangsa sehingga mendapat gelaran budak paling berat di dunia.

Keadaan fizikal luar biasa menyebabkan Arya terpaksa berhenti sekolah kerana sering kepenatan sehingga menyebabkan keluarganya bimbang dengan kesihatan kanak-kanak itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan