Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Arwah pesan kebumi jasad di kampung

arwah pesan

IPOH: Anak sulung mangsa tragedi MH17, Allahyarham Noor Rahimmah Mohd Noor, 67, tampil untuk menyatakan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha membawa pulang dan mengebumikan jenazah ibunya.

Anne Rahimmah Tournier, 29, yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Geneva, Switzerland berkata, kehilangan itu amat dirasai kerana dia seorang ibu dan nenek yang sangat baik hati dan penyayang, selain turut pandai memasak.

Menurutnya, mereka sekeluarga bersyukur jasad ibunya ditemui dan majlis pengebumian di Ipoh berjalan lancar.

“Arwah juga mengasuh anak perempuan saya, Alice Iman Tournier yang berusia tiga tahun dan memanggil ibu saya dengan panggilan ‘Ummi’,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kenangan manis bersama Allahyarham, Anne berkata, walaupun mereka lama menetap di Geneva, ibunya masih menggunakan bahasa Melayu berkomunikasi dengan anaknya dan juga berkesempatan untuk mengajar cucunya bahasa berkenaan.

“Saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu, tetapi tidak fasih dan saya akan cuba bertutur dengannya kerana saya juga mempunyai darah Melayu,” katanya.

Anne berkata, ibunya pernah berpesan agar jasadnya dikebumikan di kampung halaman di Kampung Melayu Rizab, Tambun di sini.

“Kami tahu arwah ingin ke Ipoh dan sebelum tragedi itu dia sangat gembira pulang ke Malaysia,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan