Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Artis parodi didakwa mengambil dadah

Sahirman
Sahirman

 

KOTA KINABALU- Seorang artis parodi tempatan yang semakin meningkat nama dalam bidang seni telah didakwa di mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan memasukkan dadah dalam tubuhnya.

Sahirman Pulon, 27 yang dibawa di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 26 Disember, yang lepas pada jam 10.15 pm.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Walaubagaimanapun, kes tersebut akan disebut semula pada 29 Febuari, tahun hadapan kerana ketiadaan laporan kimia.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,300 beserta dua orang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan