Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Artis Murut kumpul sumbangan

Radin menyerahkan sumbangan derma kepada Md Asli Supinin, wakil malim Gunung Kinabalu yang hadir di konsert itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Radin menyerahkan sumbangan derma kepada Md Asli Supinin, wakil
malim Gunung Kinabalu yang hadir di konsert itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Sejumlah RM6,546.00 sumbangan derma orang ramai berjaya dikumpul untuk mengisi tabung bencana gempa bumi Ranau semasa Konsert Amal Artis-artis Murut Sabah yang berlangsung di Dewan Terbuka Sedcovest di sini, semalam.

Seramai 100 orang artis Murut Sabah hadir memberikan persembahan mereka di konsert amal itu.

Konsert amal itu dihadiri oleh empat orang malim gunung yang telah terlibat menyelamatkan para pendaki semasa gempa bumi pada 6 Jun lalu iaitu Md. Asli Supinin, Azlie Donald, Raynor Ijoe dan Fazlie Musiton.

Sumbangan derma itu akan dibahagi sama rata kepada malim gunung dan para penduduk Kota Belud yang turut terjejas akibat gempa bumi itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh ketika berucap merasmikan majlis itu mengingatkan rakyat agar bijak menilai sesuatu maklumat yang diperolehi mereka  khususnya melalui media sosial serta berhati-hati ketika berkongsi maklumat berkenaan agar ia tidak menimbulkan kecelaruan, kebimbangan dan kegusaran di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan