Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Arkib Sabah Pelawa Orang Ramai Kunjungi Pameran Sejarah Kelahiran Malaysia

arkib sabah

KOTA KINABALU– Arkib Negeri Sabah mempelawa orang ramai untuk mengunjungi pameran ‘Sejarah Kelahiran Malaysia’.

Pengarahnya Mohamad Hinayat berkata pameran di perkarangan bangunan arkib diadakan sempena Hari Kemerdekaan sejak Jumaat lalu hingga 16 Sept ini.

“Objektif pameran ialah untuk memberi peluang kepada generasi muda mengetahui detik peristiwa penting yang berlaku semasa pembentukan Malaysia. Di samping itu, generasi veteran pula dapat mengimbau kembali nostalgia pahit maung yang dihadapi semasa proses pembentukan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pelbagai bahan bersejarah berbentuk gambar, akhbar, replika dan buku dipamerkan.

“Antara peristiwa yang ditonjolkan ialah laporan Suruhanjaya Cobbold, rundingan Paduka Mat Salleh dengan Gabenor British dan sejarah perjuangan Tun Datu Mustapha Datu Harun,” katanya.

Pameran bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang secara percuma.

Sementara itu Mohamad berkata pihaknya akan menganjurkan hari terbuka 6 Sept ini dengan turut mengadakan aktiviti seperti teknik membaik pulih dokumen, tayangan filem sejarah, penjualan buku sejarah, pemeriksaan kesihatan dan peraduan kuiz.

Komen


Berita Berkaitan