Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aril Pilus Tak Menyesal Berhenti Jadi Deejay Era FM

arill

PETALING JAYA – Penyanyi dan bekas penyampai radio Era FM, Aril Pilus memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna apabila mempunyai banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan berbanding ketika berkerja di stesen radio tersebut.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia mempunyai banyak ruang untuk memberi perhatian kepada kerjayanya sebagai seorang penyanyi dengan menyertai aktiviti berkaitan bidang nyanyian.

“Pada awalnya memang saya takut bagaimana kehidupan saya jika tidak menjadi penyampai radio lagi, namun selepas beberapa bulan berhenti ini saya dapat sebuah kehidupan yang lebih berbaloi.

“Saya ada banyak masa untuk keluarga, rakan-rakan dan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya saya sebagai penyanyi,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Aril berkata dia tidak pernah menganggap masa bersama Era FM lebih dua tahun itu sebagai sesuatu yang perkara yang merugikan.

Jelasnya, pengalaman sebagai penyampai radio itu adalah merupakan sebuah pembelajaran buat dirinya dalam industri seni tanah air.

“Saya tidak menyesal mengambil keputusan untuk berhenti daripada Era FM, namun saya tidak menganggap peluang menjadi deejay itu sebagai sesuatu yang merugikan.

“Ia merupakan satu sesi pembelajaran bagi saya untuk berada dalam industri ini,” katanya.

Sementara itu, Aril yang kini sedang dalam rangka promosi single terbaharu berjudul Bangkit menganggap tahun 2015 bakal menjadi permulaan kehidupan baharunya.

Katanya, lagu Bangkit yang dilancarkan pada awal Oktober lalu itu sangat bersesuaian dengan keadaan negara yang sedang pulih daripada bencana alam banjir.

“Saya akui memang banyak dugaan untuk memulakan langkah baru ini terutamanya akhir-akhir tahun ramai yang bercuti jadi promosi lagu juga tergendala.

“Selain negara juga sedang ditimpa bencana membuatkan banyak jadual terpaksa diubah. Jadi awal tahun ini merupakan permulaan yang terbaik untuk kembali promosi lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aril juga terlibat dalam Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Kuala Lumpur pada 25 Januari ini. – mStar Online

Komen


Berita Berkaitan