Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aquino mahu usaha damai berterusan

10:04am 01/02/2016 Pak Roshan 6 views Global
GAMBAR fail, pejuang pemisah MILF.

GAMBAR fail, pejuang pemisah MILF.

Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino mengarahkan usaha khas dilakukan untuk memastikan perjanjian damai dengan kumpulan pemisah Islam dilaksanakan walapun selepas penggal perkhidmatannya berakhir tahun ini.

Pemimpin Kongres berkata, mereka tidak mungkin meluluskan rang undang-undang keamanan dengan kumpulan pemisah di selatan negara itu sebelum tempoh perkhidmatan Aquino berakhir Jun ini.

Jurucakap Aquino, Herminio Coloma memberitahu wartawan di Manila semalam, Presiden Filipina itu mengarahkan rundingan dan mesyuarat diadakan dengan pihak terbabit di samping tindakan sesuai bagi membolehkan proses damai diteruskan.

Aquino sebelum ini berharap Kongres meluluskan rang undang-undang itu bagi membolehkan perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dimeterai.

Namun, tentangan beberapa anggota Kongres melengahkan usaha itu.

Rang undang-undang itu bertujuan menamatkan pemberontakan di Mindanao, pulau di selatan negara itu, yang meragut lebih 100,000 nyawa sejak 1970-an.

Aquino mahu ia diluluskan tahun ini, tetapi usaha itu terjejas ekoran pembunuhan 44 komando polis dalam pertempuran dengan kumpulan pemisah di pulau itu tahun lalu.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan