Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APPM gagalkan cubaan seludup buah sawit Indonesia

9:00pm 16/01/2016 Ann Vivien 210 views Jenayah,Tempatan

 

Buah Kelapa Sawit  yang di atas bot jongkong yang ditahan Maritim Malaysia Tawau pagi tadi.

Buah Kelapa Sawit yang di atas bot jongkong yang ditahan Maritim Malaysia Tawau pagi tadi.

TAWAU: Maritim Malaysia Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 31 tan buah kelapa sawit dipercayai dari Indonesia yang dianggarkan bernilai RM7, 750.00 menggunakan bot jongkong ke daerah ini pada jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tawau (KPMD) Kepten Maritim Anor Jaafar berkata, buah kelapa sawit itu dirampas dari dua buah bot jongkong mencurigakan yang datang dari negara jiran di perairan Sungai Melayu.

“Dua orang juragan bersama seorang lagi awak- awak berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan kelapa sawit itu.

“Manakala, seorang awak- awak yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Anor berkata siasatan awal mendapati buah kelapa sawit itu dipercayai dibawa dari Indonesia untuk dipasarkan di daerah ini. Beliau mengalu- alukan penduduk tempatan menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan di Tawau dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM18 di talian 089- 752115.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan